Aku tak tahu nama resepi ni.. !st time makan masa mertua buat dulu..lepas tu pantang ada petai ada tempoyak mesti buat.
Bahan - bahan
Petai
ikan bilis segenggam
bawang merah 2 biji
bawang putih 3 ulas
belacan 1 inci
cili merah atau hijau ikot tahap kepedasan yg anda nak
tempoyak
Cara-cara
tumbuk lumat semua bahan kecuali tempoyak.. Ade koje pulak nk numbuk tempoyak ehh.
Panaskan sedikit minyak,tumis bahan tumbuk tadi,masukkan petai.. resepi ni tak guna garam sebab belacan dengan ikan bilis dah terasa. tumis sampai naik bau,kalau kering masukkan air..api jangan kuat sangat nanti hangit pahit pulak kang... tutup api dan gaulkan dengan tempoyak..sedia dihidang.. benda alah ni makan dengan nasi panas2 dengan kicap xde lauk apa pun dah bertambah2 makan diknon oiii
Tuesday, October 3, 2017
Resepi Siakap 3 Rasa mudah
Nama je siakap 3 rasa tapi sebenarnya aku guna ikan merah,sebab pegi pasar pandan xde siakap yg berkenan di hati. Masak 3 rasa ni memang feveret kami suami isteri. aku prefer ikan tu digoreng.. resepinya seperti di bawah :
Bahan-Bahan
- Ikan seekor disiang dicuci bersih dan dilumur dengan garam,tepung jagung dan disalut dengan telur. Goreng dengan minyak sehingga garing.
Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato ( kalau xde ganti dengan sebijik tomato potong halus,masukkan masa tumis bahan hiris tadi)
2 sb sos cili
2 sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis
Cara - cara
panaskan minyak,tumis bahan cincang sampai naik bau, masukkan bahan sos biarkan sampai cili kering masak. kalau kering masukkan sedikit air. Masukkan gula dan garam dan bahan hiris halus tadi.. biar sekejap dan tutup api.. tuangkan kuah ni atas ikan yg digoreng tadi.. siapp...
tabur sikit daun ketumbar utk hiasan dan naikkan bau
Resepi Mee Sizzling
Assalamualaikum, hari ni nak share resepi mee sizzling.. dulu masa keja area seberang jaya,rasanya mee sizzling paling sedap pernah aku makan kat carefour seberang jaya (sekarang dah aeon big). tapi tu cerita 4 5 tahun lepas lah. Sekarang xtahu ade ke x algi mee sizzling tu... Kebetulan masa g cowboy kulai nak beli barang terjumpa Yee mee ni ada jual so beli la sebungkus..harga lebih kurang rm3++.. Tapi kat rumah xde hot plate so aku bantai buat dalam calypot pun boleyyy...
So jom cekidaut resepinya :
Bahan-Bahan :
Yee Mee 1 keping
bawang putih 5 ulas (racik halus)
halia 1 inci (racik halus)
cili kering (potong halus)
cendawan shitake (xde kat rumah,yg ade cendawan butang,belasah jer)
ayam potong kecik2 dalam 3 4 ketul ke
sayur sawi jepun (xnak letak pun xpe)
telur
sos tiram 3SB
kicap pekat 2SB (ni agak2 la nak hitam mcm mana)
kicap manis 3SB
serbuk lada hitam 3SB (ni pun agak2,kalau nak pedas tambah lagi)
tepung jagung 2SB ( bancuh dengan air)
-kuah dimasak asing-
Cara-Cara
panaskan sedikit minyak,tumis bahan racik termasuk cili kering tadi sampai kekuningan,tapi jangan lama sangat nanti cili pahit. masukkan ayam dan air. Air ni agak2 korang utk sekeping mee tadi,jangan sikit sangat sebab nanti kuah pekat jadik sikit pulak.. Biarkan sekejap,then masukkan kicap pekat kicap manis sos tiram lada hitam,.. biar reneh sekejap.. then masukkan bancuhan tepung jagung..kuah akan jadi sedikit pekat.
lepas tu kalau korang xde hot plate mcm aku ni,aku masak dalam claypot utk sorg mkn,jadi yee mee tu boleh terus letak lepas kuahnya dah direneh.
Masukkan yee mee,sayur sawi dan cendawan,tunggu sekejap mcm masak maggi tu..agak2 dah lembut mee tadi pecahkan sebijik telur biar sekejap then tutup api.. sedap kalau telur tu half cook.. siappp

Cara Pengeluaran KWSP Skim Berpencen
Assalamualaikum,
hari ni aku nak bercerita pasal cara nak keluarkan kwsp bagi pekerja sektor kerajaan yang telah memenuhi syarat2 sah perkhidmatan dengan jayanya. Aku type lengkap2 ni sebab aku dok survey banyak blog xlengkap infonya... kalau ada silap info korang gtau eh...
Mula2 kita dapat tawaran bekerja kita akan terima satu surat tawaran pelantikan tetap jawatan. lepas tu kena pergi kursus transformasi minda, then exam then bila dah lengkap semua syarat2 maka tunggu lah tarikh genap 3 tahun untuk kita terima surat pemberian taraf berpencen (PTB) ni..Setengah org baru 2 tahun kerja dah sah jawatan,tapi still xbole terima surat PTB ni sbeba syaratnya wajib genap 3 tahun berkhidmat. sebab apa surat ni ditunggu2 sebab surat ini lah melayakkan kita untuk keluarkan kwsp. kat bawah ini kronologi bedasarkan pengalaman aku.
Aku start masuk keje ni lbh kurang bulan jun 2014, so jun 2017 baru ngam 3 tahun. jadi sehari selepas tarikh genap 3 tahun aku call org admin untuk maklum pasal nilah..untuk diorang proceed pada SPA. Kalau ikot web SPA sepatutnya admin tu kena hantar permohonan sebulan awal dari tarikh genap 3 tahun.. tapi org admin sini cakap mintak remind diorg sehari sebelum genap 3 tahun tu. After few days aku call org admin semula tanya diorg dah hantr ke permohonan PTB ke SPA. Diorg cakap dah hantar cuma tunggu surat dari SPA shj. Kalau ikot piagam pelanggan SPA PTB perlu diluluskan dalam tempoh 4 hingga 5 minggu,tapi mcm aku ni aku call SPA sana tanya pasal progress PTB aku.. Akak kerani tu cakap dah terima tapi masa terima surat permohonan aku tu org SPA baru je habis meeting psl PTB ni..so next month baru diorg meeting pulak..
nak xnak terpaksa la tunggu. maka tiap2 minggu la aku buat semakan secara online pasal PTB tu. Macam aku cakap tadi,genap 3 tahun pertengahan bulan 6 tapi masa tu lagi seminggu nak raya,then bila buat semakan SPA terima surat pada awal bulan 7,maybe sebab raya org cuti kott...then pada awal bulan 8 diorg dah luluskan PTB aku n pos pada hari tu jugak. Cuma tarikh kuatkuasa surat tu pada awal bulan 10.iaitu 1/10/17. Jadi pada 2/10/17 baru aku pergi ke KWSP untuk buat permohonan pengeluaran tu (kena g buat sehari selepas tarikh kuatkuasa).Seeloknya buat pengeluaran selepas payslip clear dari sebarang potongan KWSP.Tapi sebab xmenyabo aku g je buat. Bagi yg x menaybo macam aku ni,korang kena buat 2 kali pengeluaran. Maksudnya keluaran pertama hanya dapat separuh,lagi separuh selepas payslip dah clear dari potongan kwsp tu dan perlu dikeluarkan dalam tempoh 2 tahun selepas pengeluaran pertama dibuat..kalau xbaki duit korang burn laaa jawabnyaa. Berikut merupakan dokumen yang diperlukan :
1. borang KWSP 9J ( download on9)
2. Salinan IC (tapi xguna pun,tapi korang bawak jelah)
3. Salinan pengesahan akaun bank
4. notis akuan pelepasan caruman ( ni kalau download borang 9J ada sekali,borang ni kena bawak ke bhgian admin mintak bos sahkan)
5. Surat pengesahan taraf pencen ori dan salinan
6.surat pengesahan lantikan (ori dan salinan)
7. surat pengesahan dalam perkhidmatan (ori dan salinan)
8. tawaran pelantikan ke jawatan tetap (ori dan salinan)
nota : kebanyakan dokumen diorg cuma tgk shj,tapi aku tanya setengah org salinan pun KWSp ambik sekali
Then dah siap isi borang semua bawak la borang dan dokumen2 tu ke KWSP, kalua korang perasan blkg borang kena cap jari,korang toksah g beli cop tu,nnti cop depan kerani KWSP tu tau..nak proses borang tu 5 minit je,yang nak tunggu nombor naik tu la lama.. lepas siap semua korang tunggu la duit tu masuk dalam akaun korang.. Aku baru hantar semalam akak kerani tu cakap dalam masa 2 minggu duit masuk,tapi ikot pengalaman aku sebelum ni pernah buat pengeluaran pendidikan,dalam masa 4 hari dah masuk dah.. urusan pengeluaran akan cepat sekiranya korang xpernah keluarkan KWSP sebelum ni..xkira la untuk pegi haji ke buat rumah ke apa ke..So cepat la proses tu..
dah dapat duit tu jgn lupa zakatkan ye.. 2 .5% dari jumlah keseluruhan.. untuk cara pengeluaran baki duit nanti aku akan update.. tu pakai borang lain pulak...
btw, kalau ikot blog2 lama diorg cakap cara pengiraan duit kita dapat adalah 45% dari jumlah dua2 akaun. tapi bila aku tanya KWSP diorg cakap pengiraan baki pengeluaran xbedasarkan 45% tu. Xtau la dia kira mcm mana. untuk makluman korang jugak potongan gaji dari kita dan majikan masa keja swasta dpt 100%,yg masa korang keja kerajaan ni je potongan kerajaan dikembalikan kepada majikan..korang just dapat duit korang sendiri.. Dan masa korang hantar borang pun xboleh tahu dapat berapa sebab dalam masa 2 minggu tu penyata akan sampai rumah.Time tu baru tau dapat total berapa. Baki duit yg korng xdapat tu untuk dibayar semasa korang pencen umor 60 nnti...

Cencaru Bakar Ala Portugis
Hari tu masa pergi maslee ikan cencaru je nampak fresh pun.. sebab dah malas nak patah balik ke @mart aku beli je lah apa yang ada.. so hari tu jugak google apa nak buat dengan cencaru ni.. Maklumkan walaupun dah kahwen almost dua tahun tapi baru je nak merasa berdikari lepas hampir setahun PJJ.
Aku teringat masa kat queensbay dulu aku suka makan kat foodcourt atas tu.. kedai apa ntah nama kalau xsalah teppayanki and portugis style gitu.. so aku google la resepi tu akhirnya jumpa jugak.. Jom cekidaut
RESEPI CENCARU BAKAR ALA PORTUGIS
bahan - bahan
cencaru 2 ekor - dibersihkan dan direndam sebentar dengan limau untuk hilangkan hanyir.
kacang bendi - potong serong
Daun Limau Purut - racik halus
2 SB minyak bawang putih (aku xletak)
Daun Pisang ( xletak sebab kena beli)
Aluminium foil
Bahan Kisar halus
1/2 biji buah keras
4 biji bawang merah ( aku pakai besar so taruk 2 je)
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2" lengkuas (lupa beli xtaruk pun)
cili kering kisar ( pandai2 la adjust nak banyak mana..gamak nak pedas taruk banyak, aku just blend dalam 10 tangkai je)
belacan secubit
air asam jawa 3 SB
gula
garam
*untuk minyak bawang putih tu kalau rajin ambil 6 ulas bawang putih tumbuk dengan kulit pastu tumis dengan 1/2 cawan minyak sampai garing. sebab aku malas nak renyah2 so aku tak taruk ler..
CARA - CARA
Panaskan minyak masukkan bahan kisar tadi. Slowkan api dan tunggu sampai pecah minyak..Dah pecah minyak masukkan air asam dan belacan tadi..kacau sikit then masukkan gula dan garam ikut sesedap rasa.. biar dia menggelegak dengan api masih slow lagi.. masukkan daun limau purut tadi..
Ikan bakar ni aku guna pemanggang ajaib je..so bila sambal anda dah masak tutup api dan biarkan seketika.. Ambil aluminium foil lapik daun pisang (jika ada) ambil satu senduk sambal ratakan atas daun pisang td,letakkan ikan danambil lagi kuah sambal ratakan atas ikan..lepas tu taruk bendi yang kita potong tadi barulah balut kemas2.. make sure jangan balut ketat sangat sebab nanti masa bakar ikan tu nak "bernapas" hahahaha.. Pemanggang ajaib tadi panaskan sebentar dalam seminit 2 then masukkan ikan kita dan tutup pemanggang tu..make sure api slow ..kang api kuat hangit lakk.. biarkan lebih kurang 10minit..lepas tu cucuk le ikan tu tengok isi dia dh masak belum..selalunya dah masak..kalau xkonpiden boleh tambah 5 minit lg..jangan lama2 nanti hangit..
P/s : air asam jawa bole replace dengan air limau.. masa nk taruk tu agak2 korang la..gamak nak masam lebihkan sikit ye idok
Sunday, November 15, 2015
Sesi Pengenalan
Assalamualaikum,
dah lama xbloging.. Last tahun 2013..since blog lama dah tak releven so i decided to close down. So untuk yang akan datang blog ini pastikan akan dipenuhi dengan resepi masakan.
Thanks for viewing