bloggerwidgets

Pages

Tuesday, October 3, 2017

Cara Pengeluaran KWSP Skim Berpencen

Assalamualaikum,

  hari ni aku nak bercerita pasal  cara nak keluarkan kwsp bagi pekerja sektor kerajaan yang telah memenuhi syarat2 sah perkhidmatan dengan jayanya. Aku type lengkap2 ni sebab aku dok survey banyak blog xlengkap infonya... kalau ada silap info korang gtau eh...
   Mula2 kita dapat tawaran bekerja kita akan terima satu surat tawaran pelantikan tetap jawatan. lepas tu kena  pergi kursus transformasi minda, then exam then bila dah lengkap semua syarat2 maka tunggu lah tarikh genap 3 tahun untuk kita terima surat pemberian taraf berpencen (PTB) ni..Setengah org baru 2 tahun kerja dah sah jawatan,tapi still xbole terima surat PTB ni sbeba syaratnya wajib genap 3 tahun berkhidmat. sebab apa surat ni ditunggu2 sebab surat ini lah melayakkan kita untuk keluarkan kwsp. kat bawah ini kronologi bedasarkan pengalaman aku.

Aku start masuk keje ni lbh kurang bulan jun 2014, so jun 2017 baru ngam 3 tahun. jadi sehari selepas tarikh genap 3 tahun aku call org admin untuk maklum pasal nilah..untuk diorang proceed pada SPA. Kalau ikot web SPA sepatutnya admin tu kena hantar permohonan sebulan awal dari tarikh genap 3 tahun.. tapi org admin sini cakap mintak remind diorg sehari sebelum genap 3 tahun tu. After few days aku call org admin semula tanya diorg dah hantr ke permohonan PTB  ke SPA. Diorg cakap dah hantar cuma tunggu surat dari SPA shj. Kalau ikot piagam pelanggan SPA PTB perlu diluluskan dalam tempoh 4 hingga 5 minggu,tapi mcm aku ni aku call SPA sana tanya pasal progress PTB aku.. Akak kerani tu cakap dah terima tapi masa terima surat permohonan aku tu org SPA baru je habis meeting psl PTB ni..so next month  baru diorg meeting pulak..

nak xnak terpaksa la tunggu. maka tiap2 minggu la aku buat semakan secara online pasal PTB tu. Macam aku cakap tadi,genap 3 tahun pertengahan bulan 6 tapi masa tu lagi seminggu nak raya,then bila buat semakan SPA terima surat pada awal bulan 7,maybe sebab raya org cuti kott...then pada awal bulan 8 diorg dah luluskan PTB aku n pos pada hari tu jugak. Cuma tarikh kuatkuasa surat tu pada awal bulan 10.iaitu 1/10/17. Jadi pada 2/10/17 baru aku pergi ke KWSP untuk buat permohonan pengeluaran tu (kena g buat sehari selepas tarikh kuatkuasa).Seeloknya buat pengeluaran selepas payslip clear dari sebarang potongan KWSP.Tapi sebab xmenyabo aku g je buat. Bagi yg x menaybo macam aku ni,korang kena buat 2 kali pengeluaran. Maksudnya keluaran pertama hanya dapat separuh,lagi separuh selepas payslip dah clear dari potongan kwsp tu dan perlu dikeluarkan dalam tempoh 2 tahun selepas pengeluaran pertama dibuat..kalau xbaki duit korang burn laaa jawabnyaa. Berikut merupakan dokumen yang diperlukan :

1. borang KWSP 9J  ( download on9)
2. Salinan IC (tapi xguna pun,tapi korang bawak jelah)
3. Salinan pengesahan akaun bank
4. notis akuan pelepasan caruman ( ni kalau download borang 9J ada sekali,borang ni kena bawak ke bhgian admin mintak bos sahkan)
5. Surat pengesahan taraf pencen ori dan salinan
6.surat pengesahan lantikan (ori dan salinan)
7. surat pengesahan dalam perkhidmatan (ori dan salinan)
8. tawaran pelantikan ke jawatan tetap (ori dan salinan)

nota : kebanyakan dokumen diorg cuma tgk shj,tapi aku tanya setengah org salinan pun KWSp ambik sekali 

Then dah siap isi borang semua bawak la borang dan dokumen2 tu ke KWSP, kalua korang perasan blkg borang kena cap jari,korang toksah g beli cop tu,nnti cop depan kerani KWSP tu tau..nak proses borang tu 5 minit je,yang nak tunggu nombor naik tu la lama.. lepas siap semua korang tunggu la duit tu masuk dalam akaun korang.. Aku baru hantar semalam akak kerani tu cakap dalam masa 2 minggu duit masuk,tapi ikot pengalaman aku sebelum ni pernah buat pengeluaran pendidikan,dalam masa 4 hari dah masuk dah.. urusan pengeluaran akan cepat sekiranya korang xpernah keluarkan KWSP sebelum ni..xkira la untuk pegi haji ke buat  rumah ke apa ke..So cepat la proses tu..
dah dapat duit tu jgn lupa zakatkan ye.. 2 .5% dari jumlah keseluruhan.. untuk cara pengeluaran baki duit nanti aku akan update.. tu pakai borang lain pulak...

btw, kalau ikot blog2 lama diorg cakap cara pengiraan duit kita dapat adalah 45% dari jumlah dua2 akaun. tapi bila aku tanya KWSP diorg cakap pengiraan baki pengeluaran xbedasarkan 45% tu. Xtau la dia kira mcm mana. untuk makluman korang jugak potongan gaji dari kita dan majikan masa keja swasta dpt 100%,yg masa korang keja kerajaan ni je potongan kerajaan dikembalikan kepada majikan..korang just dapat duit korang sendiri.. Dan masa korang hantar borang pun xboleh tahu dapat berapa sebab dalam masa 2 minggu tu penyata akan sampai rumah.Time tu baru tau dapat total berapa. Baki duit yg korng xdapat tu untuk dibayar semasa korang pencen umor 60 nnti...



0 comments:

Post a Comment